CloneBD

CloneBD membolehkan anda salin Blu-ray yang tidak dilindungi ke cakera keras anda, atau kemana-mana cakera Blu-ray kosong. Dengan hanya beberapa klik anda boleh pilih untuk membuat salinan separa tajuk-tajuk yang terpilih, bahasa-bahasa audio, dan bahasa-bahasa sarikata, atau anda boleh langsung 1:1 salin lengkap Blu-ray anda. CloneBD membuat clone 1:1 dengan sempurna, tetapi juga memampat BD-50 ke satu BD-25, BD-9 atau BD-5. CloneBD akan juga tukar cakera Blu-ray anda kesemua format fail popular, seperti .mp4, .mkv, .avi, dan peranti-peranti lain seperti Android, iPhone/iPad, Smart TV atau lain-lain peranti semasa. CloneBD sokong semua kawasan-kawasan (A, B, C). Tidak perlu untuk memasang pemacu pihak ketiga, kerana sudah termasuk penghurai UDF 2.50 dalaman. CloneBD sokong teras berbilang CPUs dan pecutan perkakasan untuk kelajuan salinan terpantas.
Convert your 3D Blu-ray to .mkv and take advantage of the high compression standard H.265/HEVC.

Keperluan System

  • PC Windows serasi dengan sekurang-kurangnya 2 GHz Prosesor dan 1 GB RAM
  • Windows XP/XP64/VISTA/VISTA64/Win7/Win7-64/Win8/Win8-64/Win10
  • Hak Pentadbir diperlukan untuk memasang.
  • Pemacu Pembaca/Penulis Blu-ray
  • Kira-kira 50-100 GB ruang sementara tersedia dicakera keras diperlukan untuk klon Blu-ray-Blu-ray.

Ciri-ciri

  • Salin cakera Blu-ray 1:1 atau separa ke cakera keras atau cakera BD kosong.
  • Pilih runut audio/bahasa dan bahasa sarikata
  • Mampat BD-50 ke satu BD-25, BD-9 atau BD-5
  • Tukar kandungan Blu-ray ke format-format fail biasa (mp4, mkv dan lain-lain)
  • Sokong semua rantau (A,B,C)
  • Mudah memilih tajuk dengan disertakan pemain pratonton Blu-ray
  • Tidak memerlukan pemacu, Penghurai UDF 2.50 disertakan.
  • CPU teras berbilang dan pecutan perkakasan
  • 3D support for .mkv files
  • H.265/HEVC high compression standard

CloneBD dikuasai oleh libav, projek buka sumber yang direkayasa dengan baik. Sumber libav CloneBD boleh didapati di oss.elby.ch.